Tujuan blog ini dibina adalah untuk berkongsi rahsia tentang hikmah surah Al-Fatihah agar kita sama-sama mendapat manfaat darinya.
LATAR BELAKANG SURAH
Pengertian surah Al-Fatihah
Al-Fatihah bermaksud surah pembuka, iaitu pembukaan bagi semua surah.
Sebab dinamakan surah Al-Fatihah
Surah ini dinamakan Al-Fatihah kerana penulisan al-quran di dalam mushaf dan pembacaannya dimulakan dengan surah ini.
Di antara nama-nama surah Al-Fatihah
- Ummul kitab - ibu kitab
- Assabngul mathani - tujuh ayat yang diulang-ulang
- Asyifa' - penawar
- Arruqyah - jampi
Kandungan surah Al-Fatihah
Surah ini mengandungi sifat-sifat Allah yang mulia dan makna-makna keseluruhan al-quran secara ringkas seperti dasar-dasar agama yang berkaitan aqidah, ibadah, perundangan, keimanan kepada hari qiamat dan sejarah umat-umat terdahulu.
- Amalkan bacaan Surah Al-Fatihah setiap hari selepas Solat Fardhu 5 waktu.
- Niatkan bacaan Surah Al-Fatihah ini agar Allah S.W.T menjadikannya sebagai pendinding diri.
- Sebagai permulaan untuk amalan ini lakukan seperti berikut :
i. Surah Al-Fatihah dibaca sekali sahaja setiap kali selepas Solat Fardhu untuk hari pertama. Contoh: Katakan amalan ini bermula pada waktu Subuh hari Selasa. Selepas selesai wirid dan doa selepas Solat Subuh, baca sekali Surah Al-Fatihah dengan niat di atas. Diikuti juga apabila selesai Fardhu Zohor, Asar, Maghrib dan `Isyak.
ii. Untuk hari yang kedua, selepas solat fardhu (bermula dengan waktu Subuh) baca dua kali Surah Al-Fatihah dengang niat yang sama.
iii. Begitulah seterusnya sehingga sampai hari Isnin. pada hari Isnin bermakna Surah Al-Fatihah dibaca tujuh kali setiap kali selesai solat fardhu.
iv. Pada hari-hari seterusnya kekalkan bacaan Surah Al-Fatihah sebanyak tujuh kali setiap kali selepas solat fardhu.
v. Ini bermakna setiap hari hendaklah membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 35 kali dengan niat sebagai pendinding diri. Bacaan dengan niat yang demikian dibaca setelah selesai wirid dan doa selepas solat.
Antara hikmah Al-Fatihah
- Mudah mendapatkan ilmu.
- Agar tenteram dan jauh dari gangguan syaitan(pendinding semasa tidur)
- Minta naik pangkat, rezeki, selesaikan hutang, sembuhkan penyakit, mendapatkan zuriat, agar anak jadi sholeh dan belbagai hajat lain.
- Memperbaiki akhlak, memudahkan urusan kehidupan dan mendapatkan perlindungan Allah.
- Membuka pintu rezeki, memudahkan urusan harian dan terhindar segala kesulitan.
- Memohon sesuatu yang baik.
- Penawar sakit mata, gigi, sakit perut dan lain-lain.
- Penawar luka / kudis pada kulit.
- Hilangkan dahaga.
- Merawat sakit telinga dan banyak lagi.
Hikmah Al-Fatihahvirtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID...
Fadhilat Fatihahtanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatdankhasiatalf...