Thursday, December 22, 2011

Al-Quran



Kaedah Pembacaan
  • Amalkan membaca al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwudhu’ dan ditiupkan pada air lalu diminum selama tujuh hari. Insya-Allah akan mudah memperolehi ilmu pengetahuan; di samping itu dapat mengawal hati dan fikiran daripada perkara-perkara yang merosakkan
  • Amalkan membaca al-Fatihah semasa hendak tidur, diikuti membaca Surah al-Ikhlas tiga kali, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas, insya-Allah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan (pendinding semasa tidur)
  • Bagi mereka yang mempunyai hajat yang baik, termasuk untuk mendapat kenaikan pangkat/darjat, untuk mendapat rezeki yang lumayan dari keadaan fakir, untuk dapat menyelesaikan hutang, untuk menyembuhkan penyakit, medapatkan zuriat, agar anak menjadi soleh dan berbagai hajat lagi, maka hendaklah memohon kepada Allah s.w.t. dengan membaca al-Fatihah sebanyak 41 kali setiap hari. Waktunya ialah antara solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh. Amalkan amalan ini sehingga 40 hari, insya-Allah hajat kita akan di kurnia Allah s.w.t.
  • Amalkan membaca al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap lepas solat fardhu, insya-Allah akan memperolehi rezeki yang lumayan, pangkat/darjat yang baik di sisi masyarakat, baik akhlak. Mudah dalam urusan hidupnya dan kaum keluarga mendapat perlindungan Allah s.w.t.
  • Untuk membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudah segala urusan hidup serta terhindar dari segala kesulitan, amalkan membaca al-Fatihah sebanyak 41 kali semasa makan sahur malam. Insya-Allah akan dimakbulkan Allah s.w.t.
  • Setengah ulama menganjurkan membaca al-Fatihah sebanyak 40 kali setiap lepas solat Maghrib dan sunatnya untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah s.w.t. Insya-Allah hajatnya akan termakbul.
  • Dianjurkan juga amalan membaca al-Fatihah sebanyak 41 kali, insya-Allah dapat mengubati sakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lain.
  • Sesiapa yang membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan ke atas kapas dan ditampalkan pada tempat yang luka/kudis/apa-apa sahaja penyakit kulit maka akan bercantum luka dan sembuh kudisnya dengan izin Allah.
  • Menghilangkan dahaga bagi yang berada dalam pelayaran/ tersesat hendaklah membaca al-Fatihah sekali di atas tapak tangan, kemudian ditiupkan ke atas tapak tangan tersebut lalu disapukan ke muka dan perutnya, Insya'Allah tidak akan terasa lapar dan dahaga pada hari itu.
  • Bagi menghilangkan sakit telinga baru/ lama, hendaklah ditulis al-Fatihah dalam bekas kaca putih kemudian dihapuskan tulisan tersebut dengan air mawar, kemudian air tersebut dititiskan ke dalam telinga. Insya'Allah, sembuh.

SOALAN PERBINCANGAN BERKAITAN SURAH AL_FATIHAH

Objektif

1. Apakah maksud Al-Fatihah?
   
    a. Surah pembuka
    b. Surah pertama
    c. Surah penutup

2. Nyatakan nama lain bagi surah Al-Fatihah?

    a. Ummul quran
    b. Asyifa'
    c. Al-Fattah

3. Antara hikmah surah Al-Fatihah, kecuali :

    a. Mudah mendapat ilmu
    b. Hilangkan dahaga
    c. Tongkat bertukar jadi ular

4. Surah AL-Fatihah boleh dijadikan sebagai ____________

    a. Pendinding
    b. Petua
    c. Azimat

Subjektif

1. Jelaskan sebab dinamakan surah Al-Fatihah.

2. Nyatakan cara pembacaan surah Al-Fatihah bagi menjauhkan diri dari ganguan syaitan  
    ( pendinding semasa tidur).

3. Terangkan penawar yang diperolehi daripada membaca surah Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap
     lepas solat fardhu.


12 comments:

  1. alhamdulillah....dapat ilmu baru...bolehkah surah ini kita gunakan sebagai pelembut hati anak-anak yang nakal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, bukan sahaja surah al-fatihah tetapi surah-surah yang lain juga boleh dijadikan pelembut hati anak-anak kerana nama lain bagi al-quran adalah as-syifa'

      Delete
    2. macamana surah al-fatihah itu nak dijadikan pelembut hati anak-anak? dibaca pada air, atau ditiup di muka atau macam mana? boleh terangkan tak

      Delete
    3. Doa ibu kan mustajab,dibacakan surah al fatihah 40 kali selepas subuh dan ditiupkan pada air.dengan berkat kenyakinan insya'allah mujarab.amin.

      Delete
  2. salam...info yg mnarik dan yang dtunggu-tunggu

    ReplyDelete
  3. salam ustazah nak tanya apa hukumnya membaca surah al-fatihah dengan tidak bertajuid dalam solat,sah tak solat saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membaca fatihah dengan bertajuid adalah wajib fardhu ain. Oleh itu hukum solat anda tidak sah.

      Delete
  4. saya suka blog akak,saya tahu jawapan 1.surah pembuka

    ReplyDelete
  5. banyaknya fadhilat surah nie,,mudahahn dapat diamalkan ..insyaallah

    ReplyDelete
  6. sesungguhnya ayat2 al-quran adalah penawar dan penyembuh....

    ReplyDelete
  7. al-fatihah adalah surah pembukaan yang harus dibaca pada permulaan setiap amalan

    ReplyDelete