Saturday, December 24, 2011

Hikmah Fatihah

Assalamualaikum, Selamat datang ke blog saya yang bertajuk "Hikmah Fatihah"




Tujuan blog ini dibina adalah untuk berkongsi rahsia tentang hikmah surah Al-Fatihah agar kita sama-sama mendapat manfaat darinya.

LATAR BELAKANG SURAH

Pengertian surah Al-Fatihah
Al-Fatihah bermaksud surah pembuka, iaitu pembukaan bagi semua surah.

Sebab dinamakan surah Al-Fatihah
Surah ini dinamakan Al-Fatihah kerana penulisan al-quran di dalam mushaf dan pembacaannya dimulakan dengan surah ini.


Di antara nama-nama surah Al-Fatihah 
  1. Ummul kitab - ibu kitab
  2. Assabngul mathani - tujuh ayat yang diulang-ulang
  3. Asyifa' - penawar
  4. Arruqyah - jampi
Kandungan surah Al-Fatihah

Surah ini mengandungi sifat-sifat Allah yang mulia dan makna-makna keseluruhan al-quran secara ringkas seperti dasar-dasar agama yang berkaitan aqidah, ibadah, perundangan, keimanan kepada hari qiamat dan sejarah umat-umat terdahulu.

Pendinding dengan surah Al-Fatihah


  • Amalkan bacaan Surah Al-Fatihah setiap hari selepas Solat Fardhu 5 waktu.
  • Niatkan bacaan Surah Al-Fatihah ini agar Allah S.W.T menjadikannya sebagai pendinding diri.
  • Sebagai permulaan untuk amalan ini lakukan seperti berikut :
  •    
        i.            Surah Al-Fatihah dibaca sekali sahaja setiap kali selepas Solat Fardhu untuk hari pertama. Contoh: Katakan amalan ini bermula pada waktu Subuh hari Selasa. Selepas selesai wirid dan doa selepas Solat Subuh, baca sekali Surah Al-Fatihah dengan niat di atas. Diikuti juga apabila selesai Fardhu Zohor, Asar, Maghrib dan `Isyak.
      ii.            Untuk hari yang kedua, selepas solat fardhu (bermula dengan waktu Subuh) baca dua kali Surah Al-Fatihah dengang niat yang sama.
    iii.            Begitulah seterusnya sehingga sampai hari Isnin. pada hari Isnin bermakna Surah Al-Fatihah dibaca tujuh kali setiap kali selesai solat fardhu.
    iv.            Pada hari-hari seterusnya kekalkan bacaan Surah Al-Fatihah sebanyak tujuh kali setiap kali selepas solat fardhu.
      v.            Ini bermakna setiap hari hendaklah membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 35 kali dengan niat sebagai pendinding diri. Bacaan dengan niat yang demikian dibaca setelah selesai wirid dan doa selepas solat.


 Antara hikmah Al-Fatihah

  •  Mudah mendapatkan ilmu.
  •  Agar tenteram dan jauh dari gangguan syaitan(pendinding semasa tidur)
  •  Minta naik pangkat, rezeki, selesaikan hutang, sembuhkan penyakit, mendapatkan zuriat, agar anak jadi sholeh dan belbagai hajat lain.
  • Memperbaiki akhlak,  memudahkan urusan kehidupan dan mendapatkan perlindungan Allah.
  • Membuka pintu rezeki, memudahkan urusan harian dan terhindar segala kesulitan.
  • Memohon sesuatu yang baik.
  • Penawar sakit mata, gigi, sakit perut dan lain-lain.
  • Penawar luka / kudis pada kulit.
  • Hilangkan dahaga.
  • Merawat sakit telinga dan banyak lagi.


Fadhilat Fatihahtanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatdankhasiatalf...

13 comments:

  1. I wanted to thank you for this great post!! I enjoyed every little bit of it, I have you bookmarked and waiting for all the new stuff you post.
    Volkswagen Jetta AC Compressor

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum....blog yang anda tulis memang menarik.insya`allah saya akan cuba untuk mengamalkannya

    ReplyDelete
  3. Satu Ilmu yang jarang2 dikongsi... terima kasih atas perkongsian... leh share kan?..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, apa salahnya. sama-samalah kita berkongsi ilmu Allah ini.

      Delete
  4. Blog yang mempunyai pengisian yang baik sebagai amalan dan panduan hidup sepanjang hayat. Syukran Jazilan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ilmu kan hak Allah, sama-samalah kita kongsikan ia.

      Delete
  5. blog yg mnrik....sbai pnduan untuk pengisian rohani bagi mncri keredhaan ilahi.t.kasih..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. tahniah anda dapat menghasilkan blog yang menarik dan dapat memberi manfaat pada kite semua

      Delete
  7. Tahniah buat cikgu yang berusaha keras untuk menghasilkan blog ini.Sangat menarik dan teruja dengan makluman ini.

    ReplyDelete
  8. SALAM,TAHNIAH! KANDUNGANNYA PENUH PENGAJARAN DAN MANFAAT .

    ReplyDelete